.

.

10 cara mengelakkan berkahwin dengan orang yang salah


Gambar hiasan



Kajian : Dr. Nafisa Sekandari & Hosai Mojaddidi

Terdapat banyak jalan yang benar dan yang salah dalam proses mengenali seseorang untuk berkahwin. Cara yang salah apabila terjebak dalam keseronokan dan lupa untuk bertanyakan soalan-soalan kritikal yang boleh membantu dalam menentukan keserasian  rumah tangga

Salah satu kesalahan besar yang sering dilakukan oleh kebanyakan pemuda muslim apabila terlalu bersegera melakukan hubungan perkahwinan tanpa berpikir panjang dan  menaliti seseorang. Mitos kebiasaan yang sering dilakukan adalah memberi tempoh pengenalan, ianya adalah langkah yang bijak bagi menyerasikan dua insan. Logiknya, semakin lama anda bercakap dengan seseorang, lebih banyak anda akan megenali mereka.

Akan tetapi, mitos ini sering mendatangkan banyak masaalah dari pertimbangan masa pengenalan. Tambahan pula, pasangan muda muslim akan terlibat dalam " halal dating ", iaitu berasal dari sosial antara satu sama lain dalam berkawan ataupun keluarga. Ini termasuklah keluar makan malam, menonton wayang, bermain sukan atau  aktiviti masa lapang yang lain. Ia juga bergantung kepada nilai kekeluargaan atau budaya sesebuah keluarga, perbualan bersama-sama secara beramai atau ditemani, dan lebih teruk lagi apabila tidak mempunyai had dan tanpa pengawasan. Apaila anda mengambil kira kekurangan ini, ia membuatkan seseorang atau diri anda tertanya-tanya, bilakah perbualan atau soalan yang kritikal akan berlaku? Malangnya untuk kebanyakan orang akan menjawap " Tiada", oleh kerana itu, mereka hidup di dalam  keadaan merana kerana menanggung akibat.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali yang masih di dalam fasa " mengenali bakal suami / isteri ", ikutilah panduan yang menawarkan nasihat mengenai apa yang perlu anda ikuti dan elakkan : -

1 )  Jangan Berkahwin Dengan Potensi :  Sering kali lelaki menganggap bahawa berkahwin dengan seorang wanita dengan harapan si dia tidak akan berubah atau seorang perempuan menganggap berkahwin dengan seorang lelaki dengan berharap si dia boleh berubah. Maka ini adalah satu kesalahan besar bagi kedua-dua pihak. Jangan menganggap anda boleh mengubah seseorang selepas anda berkahwin dengan mereka atau mengidamkan agar mereka akan mencapai potensi yang anda jangka. Tiada jaminan sama sekali atas semua perubahan dalam membantu menjadi lebih baik. Malah, ia sering mendatangkan keburukan. Jika anda tidak boleh menerima seseorang atau membayangkan hidupan bersama pasangan anda maka jangan berkahwin dengan mereka. Perbezaan ini termasuklah beberapa perkara seperti perbezaan ideologi dan praktikal agama, tabiat, kebersihan, kemahiran komunikasi, kegemaran dan lain-lain.

2 )  Pilih Perwatakkan Melebihi Keserasian : Keserasian atau tarikan adalah perkara yang tidak terlalu penting, perwatak mendahului kedua-duanya. Ada quote terkenal mengatakan " keserasian menyalakan api (pergaduhan), tetapi perwatakan menyimpan kebakaran (menyelesaikan pergaduhan) ". Oleh itu, idea tentang " jatuh cinta " tidak boleh menjadi sebab tunggal untuk berkahwin dengan seseorang; ia sangat mengelirukan antara keberahian dan nafsu cinta. Antara sifat-sifat perwatakan yang paling penting ialah rendah diri, kebaikkan, tangggungjawab, kebahagiaan. Berikut adalah pecahan setiap sifat :
  • Rendah Diri : Orang yang rendah diri tidak memperuntukkan atau menyuruh orang lain, akan tetapi selalu memnya sendiri. Mereka meletakkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip mereka di atas kemudahan dan keselesaan. Orang sebegini adalah jenis yang lambat untuk naik marah, selalu sederhana, dan mengelakkan materialisme.
  • Kebaikan : Jenis orang yang baik hati ini adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang menarik. Mereka selalu memberi pertolongan dan membantu untuk mengurangkan bebanan yang ada pada orang sekelilingnya. Untuk mengetahui seseorang yang suka memberi bantuan, lihat atau perhatikan bagaimana mereka melayani ahli keluarga, adik-beradik, dan ibu bapa. Adakah mereka mempunyai rasa terima kasih kepada ibubapa mereka yang banyak bersusah payah deminya? jika tidak, ketahuilah bahawasanya mereka tidak akan bersyukur atau berterima kasih kepada anda atas apa yang anda akan lakukan demi mereka. Seterusnya perhatikan, bagaimana mereka melayani orang-orang bawahannya atau suruhannya seperti waiters (pelayan), penjual, perkerja, dan sebagainya? Kemana harta atau duit mereka digunakan? Yang paling penting, bagaimana mereka mengawal kemarahan mereka, adakah mereka mengawal kemarahan atau mereka bertindak balas kepada orang lain?
  • Bertanggungjawab : Jenis orang yang tanggungjawab adalah seorang yang mampu mempunyai ekonomi yang stabil, perhubungan, perkerjaan, kerjaya, dan perwatakan. Jika ada, maka anda bolehlah bergantung kepada orang ini dan percaya apa yang diperkatakan.
  • Kebahagiaan : Jenis orang yang bahagia adalah jenis orang yang bersyukur atau berpuas hati dengan apa yang dimiliki dalam hidupnya. Mereka bersyukur tentang diri mereka dan bersyukur tentang kehidupan mereka. Mereka menumpukan atas apa yang mereka miliki melebihi dari apa yang mereka tidak miliki. Mereka tidak akan sesekali mengeluh.

3 )  Tidak Mengabaikan Keperluan Emosi Pasangan : Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai keperluan emosi untuk hubungannya berjaya, keperluan ini perlu dipenuhi. Keperluan asas bagi emosi perempuan ialah untuk disayangi. Manakala lelaki adalah dihormati dan dihargai. Untuk membuat perempuan rasa disayangi bagi dia 3 perkara :
  1. Perhatian
  2. Kasih sayang 
  3. Penghargaan 
Untuk membuatkan lelaki rasa dihormati bagi dia 3 perkara :
  1. Kepastian
  2. Hormat
  3. Kelegaan
Sangat penting memenuhi keperluan emosi ini untuk hubungan yang berkekalan. Apabila lelaki memenuhi keperluan isterinya, isterinya lebih berasa ingin memenuhi keperluan emosi lelaki, lelaki lebih ingin mencurahkan kasih sayang perhatian dan penghargaan. Oleh yang demikian haruslah bagi laki dan perempuan berkerjasama dalam memberi dan menerima kehendak emosi kedua-duanya.

4 )  Elakkan Menentang Perancangan Hidup : Dalam perkahwinan ada kebarang kalian untuk hidup bersama atau hidup berasingan. Berkongsi adalah perkara biasa dalam perkahwinan yang mana ia mampu menambahkan lagi peluang dalam hidup bersama. Maka,
  • Anda perlu tahu siapakah bakal pasangan yang anda akan bersama. Dalam erti kata lain, apakan jenis minat pasangan anda? kemudian tanya diri sendiri, " Adakah saya boleh menghormati minat pasangan saya ini? " " adakah saya boleh menghormati apa yang akan dirancang terhadap minatnya? "
  • Apa yang paling penting adalah pengkhususan yang anda telah tetapkan terhadap diri sendiri, bermaksud kepercayaan anda, harga diri anda, gaya hidup anda, peluang yang terbaik yang telah anda  pilih untuk hidup (kerjaya), jati diri anda. Jadi pilih salah satu yang anda mampu untuk anda serasi dengan bakal pasangan anda.
  • Ingat,sebelum memberi keputusan untuk membuat trip bersama (hidup bersama), sewajarnya mengambil berat dan berpikir panjang tentang destinasi yang ingin tujui bersama (suami / isteri).

5 )  Elakkan Sebelum Berkahwin Melakukan Aktiviti Seksual / Fizikal :
  • Kita akui bahawa terdapat banyak hikmah yang luar biasa, kenapa Allah telah memerintahkan kita untuk menahandiri daripada melakukan aktiviti seksual sebelum berkahwin; ia adalah untuk mengelakkan kemudaratan yang besar serta untuk menjaga kesucian yang mana ia merupakan bahagian yang paling dikehendki antara hubungan pasangan seorang lelaki dan seorang perempuan.
  • Apabila pasangan itu terlalu awal terlibat dalam hubungan fizikal yang mesra, maka benda-benda penting seperti karakter peribadi, prinsip hidup dan keserasian sering diabaikan. Hubungan menjadi romantik apabila benda-benda penting di abaikan. 
  • Komitmen intelek perlu diwujudkan sebelum komitmen emosi atau seksual

6 )  Elakkan Kekurangan Hubungan Emosi : Ia mempunyai 4 soalan yang anda perlu menjawab YA :
  • Bolehkah saya hormat dan mengkagumi bakal pasangan saya ini? > Adakah bahagian paling khusus yang membuatkan saya hormat dan mengkagumi bakal pasangan saya ini?
  • Bolehkah saya percaya bakal pasangan saya ini? >  Bolehkah saya bergantung kepada dia? Bolehkah saya yakin dengan keputusan dia? Bolehkah saya percaya dengan perkataan dia? Bolehkah saya percaya percakapannya?
  • Bolehkah saya berasa selamat dengan bakal pasangan saya ini? >  Adakah emosi saya akan berasa selamat dengan dia? Adakah saya akan berasa selamat dengannya? Bolehkah saya menjadi diri sendiri selepas bersamanya? Bolehkah saya bersifat terbuka bersamanya? 
  • Bolehkah saya berasa tenang dan aman bersama dengan bakal pasangan saya ini?
jika jawapannya adalah " saya tidak pasti, saya tidak tahu, ragu-ragu dan sebagainya..." maka teruskan mencari sehingga anda tahu dengan pasti dan benar-benar memahami apa yang anda mahukan atau rasakan. Jika anda merasakan tidak selamat sekarang, maka anda tidak akan selamat semasa berumah tangga nanti. Jika anda tidak percaya sekarang, ia tidak akan berubah sedikit pun semasa didalam ikatan perkahwinan!

7 )  Beri Tumpuan Atas Kebimbangan Emosional Diri Sendiri : Memilih seseorang yang dirasakan kurang selamat dari persediaan emosional adalah perkara yang tidak bagus untuk dijadikan resepi kemanisan perkahwinan dan di dalam hubungan percintaan sesebuah perkahwinan. Emosi rasa selamat adalah asas bagi sesebuah perkahwinan yang sihat dan kukuh. Apabila anda merasakan emosi anda tidak selamat, anda tidak mampu untuk menyatakan luahan perasaan dan seseuatu pendapat. Cuba belajar bagaimana untuk mengenalpasti perhubungan itu dipanggil hubungan kejam. Jika anda merasakan selalu diperlekehkan dari sudut percakapan anda atau jika anda tidak boleh menyatakan luhan perasaan anda atau anda selalu diibaratkan seperti berjalah diatas kulit telur, maka itu adalah hubungan yang kejam. Lihat perkara-perkara berikut :
  • Menguasai kelakuan : Ini termasuklah bagimana anda menguasai cara bertindak, cara berfikir, cara berpakaian, cara anda mencantikkan rambut atau berhijab, cara anda menghabiskan masa anda. ketahui antara cadangan dan permintaan. Permintaan adalah ungkapan kawalaan dan jika permintaan adalah tersirat, maka anda mesti lakukan atau ia akan mempunyai akibatnya. Semua ini adalah petunjuk yang jelas bagi personliti anda.
  • Isu-isu yang mengakibatkan kemarahan : Ini adalah seseorang yang menaikkan suara dari tahap biasa, iaitu orang yang naik angin, orang yang mengunakan kemarahan untuk melawan anda, orang yang mengutuk anda, dan sebagainya. Jika anda tidak mampu mencari penawar bagi kemarahan ini atau ada orang yang tidak boleh bertolak ansur ,maka ini adalah orang yang jenis datang dari latar belakang yang teruk. Jika inilah yang berlaku pada anda atau seseorang yang anda kenal, pergilah mencari bantuan yang betul dan secepat mungkin (bukan menyelesaikan dengan pergaduhan atau perbalahan mulut).  Selesaikan permasaalahan ini sebelum anda memasuki alam perkahwinan.
Berhati-hati dengan kekurangan yang ada pada pasangan anda :  Kebanyakan pasangan sering melakukan kesilapan kerana tidak meletakkan semua di atas meja perbincangan pada permulaan perkhawinan. Tanya diri anda," apakah yang membuatkan saya benar-benar yakin ingin mengahwini orang ini? " " apakah yang mengganggu saya tentang orang ini atau perkhwinan ini? " ia sangat penting untuk mengenalpasti apa yang mengganggu anda, perkara-perkara yang berkaitan dengan anda, dan perkara-perkara yang membuatkan anda takut untuk menaikkan semasa perbincangan. Jadi si lelaki atau si perempuan sewajibnya jujur semasa melakuan perbincangan dengan mereka. Ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mencuba kekuatan sesebuah perhubungan iaitu bangkitkan isu-isu apabila mempunyai konflik, ini adalah satu peluang yang terbaik untuk mengetahui bagaimana anda komunikasi, toleransi, dan bergerak sebagai sesebuah pasukan.

Apabila masing-masing mempunyai kuasa dan menyalahkan satu sama lain, ini adalah satu petunjuk yang menunjukkan mereka tidak mampu bergerak sebagai sesebuah pasukan, oleh yang demikian, tanyakan soalan-soalan deep (mendalam) antara satu sama lain dan lihat bagaimana pasangan anda bertindak balas?, bagaimana pasangan anda tangani, adakah ia bertahan atau menyerang atau menjadikan ia seri? Adakah pasangan anda mengjengkelkan? adakah ia menyalahkan anda? adakah ia abaikan? adakah ia menyorok? ( jangan hanya dengar apa yang diperkatakan tetapi lihat bagaimana ia perkatakan! )

9 )  Berwaspada Dengan Personaliti Yang Mengelak Dari Tanggungjawab : Ia sangat penting untuk mengingati bahawasanya tiada siapa yang bertanggungjawab atas kebahagiaan anda. Kebanyakan orang mempunyai gaya pemikiran yang salah tentang seseorang yang mampu memenuhi mereka dengan kebahagiaan dan menjadikan hidup mereka lebih sempurna dan menjadikan ia sebab musabab untuk mendirikan rumahtangga. Ramai orang gagal untuk mengenalpasti bahawa mereka adalah seorang yang tidak bahagia, maka ia akan berterusan sehinggalah ia berkahwin dan menjadikan mereka lebih sengsara. Jika anda tidak gembira dengan dirisendiri, tidak suka dirisendiri, tidak suka perjalanan hidup anda sekarang, ia adalah penting untuk anda bertanggugjawab dalam memperhebatkan dan memperelokkan lagi dirisendiri dari semua aspek keatas hidupan anda sebelum membuat pertimbangan untuk mendirikan masjid. Jangan membawa isu-isu ini ke dalam alam perkahwinan dan jangan mengharapkan yang pasangan anda boleh dan mampu untuk membetulkan keadaan.

10 )  Perhatikan Pada Kekurangan Kesihatan Emosi Dan Persediaan Potensi Pasangan Anda : Ramai orang memilih pasangannya yang tanpa mengira kesihatan emosi,antara salah satu masaalah yang paling besar pada era teknologi ini adalah memilih pasangan yang tidak mampu untuk memnyeimbangkan dan menyatukan hubungan emosi kekeluargaan, hubungan begini selalunya berakhir setelah mempunyai 3 ahli atau lebih orang dalam satu keluarga ( suami, isteri, anak pertama ). sebagai contoh, jika seorang lelaki terlalu bergantung kepada isterinya dari pelbagai sudut ini tidak syak lagi ia akan membawa kepada bencana :
  • Elakkan dari memilih pasangan yang tiada emosi kekeluargaan. Ini termasuklah kepada orang-orang yang tidak menyukai dirinya kerana mereka tiada keupayaan untuk memcapai emosional yang seimbang. orang-orang sebegini sentiasa sibuk dengan kekurangan mereka, rasa tidak yakin, dan berpikiran negatif. Mereka ini selamanya berlawan dengan kemurungan, tidak selamanya berasa bagus, terpencil, kritikal dan tiada pertimbangan, cenderung untuk tidak mempunyai kawan-kawan rapat, dan sering tidak percaya orang, atau takut kepada mereka. Satu lagi petunjuk yang jelas tentang mereka adalah selalu merasa keperluan merka tidak dapat dipenuhi; mereka mempunyai rasa kelayakan dan mengharapkan balasan orang. Mereka terasa terbeban dengan keperluan orang lain dan merasakan kebencian terhadap orang lain. Orang-orang sebegini tidak mampu membina hubungan emosi yang sihat.
  • Ketagihan juga boleh mengehadkan tahap kebolehan pasang untuk membina hubungan emosi yang kuat. Jangan sesekali mengahwini orang-orang yang ketagih. Ketagihan bukan terhad kepada dadah dan alkohol sahaja, tetapi boleh dikira sebagai ketagih dari sudut kebergantungan kepada kerja, sukan, hobi, internet, game, membeli-belah, wang, kuasa, status, materialisme, dan banyak lagi. Apabila seseorang itu mempunyai ketagihan mereka tidak akan mampu untuk menyediakan emosional yang membangun dalam hubungan anda!

   Nontah Tambahan Untuk Dipertimbangkan :-
  1. Hakikatnya tiada manusia yang sentiasa kelihatan 25 selama-lamanya. Apabila mengenali seseorang yang kita suka dan kagumi, maka pandanglah mereka pada kecantikan dalaman dan intipati keseluruhan. Jangan kita menyukai seseorang dari sudut keterampilan.
  2. Apabila kita mencari seseorang, kita secara sedar atau tidak sedar telah melihat apa yang diperlakukan didepan mata kita tentang perwatakannya : mereka berkata-kata teruk kepada pelayan, bercakap buruk tentang orang lain, kurang ajar kepada anda, dan lain-lain. selalukan bertanya " adakah ini semua bermakna buat saya? "
  3. Jangan sesekali memisahkan seseorang dari latar belakangnya, pendidikan, sistem kepercayaan, keluarga mereka, dan lain-lain.Tanyakkan soalan-soalan yang boleh memjelaskan permasaalahan ini, sebagai contoh: " apakah yang saya harapkan diri perkahwinan ini? " " bagaimana boleh saya membantu di rumah? " " apakah yang dimaksudkan untuk mempunyai gaya hidup yang mudah? " "dan sebagainya",  bandingkan definisi anda dengan mereka. 
  4. Jadi fleksible. Jadi open-minded (minda terbuka)!
  5. Memberikan kebahagiaan didalam perkahwinan seharusnya tidak boleh diragukan lagi. ia sepatutnya menjadikan sebagai keseronokan dan kasih sayang dalam melihat pasangan kita gembira oleh kerana hubungan mesra anda dengannya
  6. Moral dan kerohanian adalah sifat yang benar-benar menentukan seseorang itu bertambahan lagi kecantikannya,wang dan kesihatan. Pasangan yang bermoral dan rohani diri tinggi selalu berada di sisi anda semasa berlaku kesukaran dan kesusahan. Jika seseorang tidak mempunyai tuhan (Allah) di dalam hati mereka dan tidak berserah dirinya kepada tuhan (Allah) maka bagaimana anda boleh mengharapkan mereka memenuhi hak-hak anda? Idea sebagai satu pasangan adalah seseorang menjadikan sesebuah pasangan itu mendatangkan keuntungan dan bukan yang mendatangkan kerugian. Mempunyai hubungan yang bersama dan berkongsi akan memupuk lagi nilai-nili murni yang berjaya. Tambahan pula, perkahwinan yang berjaya adalah salah satu yang membolehkan undang-undang kesucian keluarga yang memerlukan tahap kawalan diri dan displin diri serta kepercayaan dari segi fizikal hubungan termasuk sebelah rohani dan juga emosi. Mencari persamaan dan keseimbangan antara aspek-aspek rohani dan emosi hubungan adalah kunci yang kuat kepada perkahwinan yang sihat dan berkembang.
[full_width]

1 comment:

Powered by Blogger.