.

.

Pengertian Dan Kepentingan Malakah (Kemahiran)

Kata-kata mutiara ini dari sahabat saya, buat para penuntut ilmu :

Di dalam perjalanan menuntut ilmu, para penuntut perlulah memberikan perhatian yang penuh dalam pembinaan sesuatu malakah atau kemahiran dari sesuatu ilmu yang dipelajari. Kerana inilah tujuan yang utama dalam proses pembelajaran.

Dimaksudkan dengan perkataan malakah adalah kemahiran yang diperoleh hasil praktis amali berdasarkan kaedah-kaedah yang tersebut dalam ilmu-ilmu.

Jika dalam bidang agama, seperti ilmu nahu contohnya kemahiran yang perlu diasah yang dapat diperoleh dari ilmu Nahu adalah dapar membariskan huruf akhir kalimah dengan tepat, bukan itu dengan Nahu dia dapat memahirkan diri mengenalpasti susunan ayat yang betul, seterusnya memahami frasa atau syair arab dengan tepat. Itulah kemahiran yang perlu diasah melalui pembelajaran ilmu Nahu.

Seperti ilmu Fiqh pula, kemahiran yang dapat diperolehi darinya adalah mengenalpasti gambaran permasalahan fiqh, seterusnya meletakkan dalam bab perbinvangan yang betol, kemudian mampu meletakkan hukum dan ta'alil yang tepat. Bukan itu sahaja kemudian mampu mengenalpasti dengan waqi arau realiti semasa dan megetahui bagaiman mamperbahaskan hukum-hukum dalam dunia realiti.

Jika dalam bidang dunia, seperti ilmu perniagaan contohnya, kemahiran ini bukan sahaja untuk jual beli dan mengira untung rugi. Namun kemahiran ini mampu untuk mengenalpasti minda sesetengah individu, seterusnya dapat membantu peniaga lain dalam meletakkan yang mana patut di beli dan jual dan dilaburkan dan bagaimana. Itulah kemahiran.

Begitulah seterusnya dalam ilmu-ilmu yang lain.

Adapun kerana terlampau leka dengan khilaf bab agama mahupun berebut jawatan dan harta dalam bab dunia, mampu menggoncangkan hidup seseorang dengan kehancuran yang tiada jalan penyelesaian.

Maka fahamilah wahai penuntut bahawa, berilmunya kamu bukanlah sekadar mampu menukil ( melakukan sesuatu ), tetapi berilmunya kamu diukur berdasarkan apakah kesan kemahiran yang telah diri kamu peroleh ketika proses pembelajaran dan penyelesaian sesuatu masalah.

Kesimpulan :

maksud di atas adalah menerangkan keutamaan dan fokus buat penuntut ilmu, bukan menafikan manfaat menghafal kaedah atau nas.

petikan ini dari pelajar Al Azhar

No comments

Powered by Blogger.