.

.

Senarai Persediaan Kewangan Untuk Kahwin

credit : nasirzin


Banyak perkara yang perlu difikirkan kalau nak kahwin. Biasanya perkahwinanlah sesuatu yang orang akan ingat dalam masa yang lama. Di dalam post ini saya ingin berkongsi senarai persiapan dari segi kewangan yang perlu dibuat untuk kahwin.

Sebelum anda fikirkan tentang senarai di bawah, tentukan berapa ramai orang yang akan hadir ke majlis perkahwinan anda. Bila dah dapat agak berapa ramai orang yang akan hadir, senang untuk anda membuat pengiraan bajet perkahwinan.


1. Hantaran
Tidak semestinya benda yang mahal-mahal. Kadang-kadang benda yang murah pun sudah mencukupi.
2. Dewan
Semestinya bahagian ini perlu difikirkan. Kadang kala dewan besar (di Putrajaya) berharga RM5,000 dan di tempat ekslusif akan lebih mahal harganya. Ada yang lebih murah yang dibuat di dewan komuniti.
3. Doorgift
Pilihan yang biasa orang buat ialah: benda yang orang akan ingat ataupun benda yang orang akan makan. Macam baru-baru ini saya dapat cawan di dalam satu beg kertas yang cantik. Cawan tu boleh saya guna untuk minum. Mudah dan praktikal. (Tapi pastikan di dalam bajet!)
Ataupun berikan makanan seperti muffin yang boleh orang makan semasa dalam perjalanan balik rumah.
4. Makanan/Minuman

Kalau di Kuala Lumpur, susah sedikit nak cari makanan yang kira bawah dari RM13 satu kepala. Makananlah yang biasanya kos paling besar dalam mana-mana perkahwinan.
5. Jurugambar/Juruvideo
Jika anda ingin mengabadikan perkahwinan anda, anda perlu ada jurugambar. Biasanya harga daripada RM1000 ke RM3000, ikut pakej yang anda ambil.
6. Jurusolek/Mak Andam
7. Pelamin
Harga untuk pelamin ada pelbagai. Anda kena survey baik-baik kalau nak dapat harga yang berpatutan. Sentiasa google. Ada yang RM3 ribu, dan ada yang lebih rendah harganya. Google google pelamin.
8. Jurunikah / Tok Kadi
9. Baju nikah/kahwin
Sama ada anda nak sewa ataupun beli. Apa pilihan yang anda ingin buat? Kalau lelaki bajunya boleh dipakai kembali untuk majlis ataupun semasa solat jumaat.
10. Kad pengantin
Cuba fikir apa yang anda boleh buat sendiri untuk mengurangkan kos perkahwinan? Bila dah boleh buat sendiri, anda tak perlulah mengupah orang atau membeli perkhidmatan orang untuk membuatnya.
Kalau nak kahwin, cuba tengok dah ada semua ni ataupun belum. Biasanya rule of thumb yang orang gunakan ialah mesti ada RM30 ribu untuk kahwin. Kalau takde, susah sikit untuk kahwin.
Kalau anda lambat lagi nak kahwin, cuba simpan duit dan cari cara macam mana nak buat duit lebih banyak. Jika terdapat cadangan atau penambahan jangan lupa untuk comment dan like di facebook/mergma.com. Pelbagai maklumat terbaru menanti anda.

No comments

Powered by Blogger.