Kuasa Kata Hubungan Dalam Pengiklanan Jualan Percakapan atau Penulisan

Adakah pembaca tahu bagaimana untuk menaikkan tahap emosi pembeli terhadap jualan kita?  Dunia penjualan tidak lari dari pengiklanan samaada pertuturan atau penulisan.

Kata hubung adalah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat. Tidak kira dari segi pertuturan mahupun penulisan, kata hubung sangat membantu merangsang pendengar dan pembaca dalam menaikkan emosi pembelian.

Banyak kata hubung yang boleh digunapakai dalam percakapan dan penulisan jualan kita. Ramai yang tidak sedar akan kuasa yang ada dengan menggunakan perkataan-perkataan kata sambung dalam penulisan kita.


Mari kita lihat. 


  • ' KERANA '
Penggunaan 'kerana' mampu memberi alasan ke atas sesuatu fakta yang diberikan. Fakta tanpa alasan akan menyebabkan minda sedar manusia segara mempersoalakan.

Bila adanya persoalan yang bermain di minda pembaca dan pendengar maka ia akan menyebabkan minda pembeli akan menjadi aktif terhadap barangan tersebut.

Penggunaan “ kerana ”ini mampu membantu menyelesaikan masaalah dangan menjawab terlebih dahulu sebelum minda sedar mempersoal dan memberi alasan dengan datangnya tanda bantahan darinya. Dengan cara ini minda sedar yang sentiasa negative dapat disenyapkan.

Contoh ;

“ Produk ini amat sesuai untuk anda, bagi membantu memcantikan dan mencerahkan kulit wajah anda kerana ianya dihasilkan dari ekstrak buah-buahan tropika yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya”

“ Anda perlu bertindak segera menepah produk XYZ ini kerana ini mungkin kali terakhir anda membaca mesej ini “  


  • ' OLEH ITU '
Dalam percakapan dan penulisan yang berkehendak agar pendengar dan pembaca sasaran melakukan sesuatu maka arahan akan diberikan.

Seperti juga persoalan dan bantahan memerlukan jawapan dan alasan, arahan juga perlukan satu alasan yang kuat dan logic yang akan menanam ke minda separa sedar dan emosi pembaca sasaran bahawa arahan tersebut adalah munasabah dan logic untuk diikuti begitu juga dengan pendengar.

Pengunaan ‘ oleh itu ‘ mampu menujukkan apa yang bakal pembeli sasaran perolehi atau perlu dilakukan selepas sesuatu fakta diberikan.

Contoh ;

“ Emel ini merupakan emel terakhir saya kepada anda tentang produk XYZ oleh itu saya sarankan kepadan anda agar jangan bertangguh kagi terus klik ke link dibawah dan menempahnya sekarang “


  • ' MAKA '
Selain dari penggunaan ‘ oleh itu ‘ satu perkataan lain yang boleh digunapakai adalah perkataan  “ maka “.

Contoh ;

“ Tempat duduk untuk seminar ini amat terhad maka anda perlu segera bertindak menempah tempat duduk anda sekarang juga sebelum ianya ditempah oleh orang lain ”


  • ' NAMUN '
Dalam kita bercerita atu menyampaikan sesuatu kepada pembaca sasaran kita adakalanya kita mahu menekan atau menggembar-gemburkan masalah yang dihadapi oleh pembaca sasaran kita.

Penggunaan perkataan ‘ namun ‘ mampu melakukan tugas ini kerana ia boleh memberikan emosi berbeza pada fakta yang diletakkan di hadapan.

Contoh ;

“ Sudah berpuluh produk kecantikan muka yang ada dipasaran, tidak dapat membantu menyelesaikan masaalah jerawat batu namun kini dengan adanya produk XYZ mampu menyelesaikan masaalah anda dan disyorkan oleh Doktor Pakar “ 

Apa yang saya kongsikan di atas adalah empat dari banyak kata hubung yang boleh anda gunapakai dan pertuturan mahupun penulisan. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ada cari semula perkataan-perkataan kata hubung yang ada yang telah anda pelajari dahulu dan cuba gunakannya dalam penulisan jualan agar penulisan kita menjadi lebih kuat untuk mempengaruhi emosi.
[full_width]


copywrite from : http://www.majalahniaga.com/kuasa-kata-hubung-dalam-penulisan-jualan.html

No comments

Powered by Blogger.