.

.

Heaters Pembawa Kejayaan



Kehidupan, perkataan yang tidak terasing dari perkataan kejayaan dan kegagalan. Setiap kejayaan terselitnya segala macam kisah suka duka yang berkait rapat dengan seorang yang mempunyai hasad benci. Martin Luther King Jr. berkata "sesuatu kebencian itu tidak akan mampu menumpaskanmu melainkan kamu lebeih bercenderungan terhadapnya". Iaitu bertindak balas.

Steve Harvey menceritakan di dalam bukunya yang berjudul Act like A Success, Think Like A Success.  Terdapat 4 jenis golongan iri hati (heaters) yang seringkali bersangkut paut dengan kejayaan kita.

Heater yang mengetahui segalanya
Ini adalah salah satu jenis penyakit benci yang lebih cenderung terhadap kemarahan tentang kejadian masa lampau, mereka di kurniakan ingatan yang sangat kuat dan sangat terperinci.

Seluruh dunia maju kehadap sedangkan mereka masih lagi terperangkap didalam kejadiaan tersebut dan kadang-kala mereka sendiri tidak mengetahui bagaimana untuk melepaskan diri.

Kita juga perlu mengingati tenaga kebencian yang datang dekat menyebelahi kita. Supaya, kita dapat menbentasnya dari memberinya ruang untuk menghantar masuk ke dalam diri kita. 

Heater yang mengajak kebawah
Kebiasaanya, mereka ini yang sering bersama dengan kita, mereka cenderung untuk membenci sesuatu perkara yang kamu lakukan untuk membawa kamu maju kehadapan dan mereka berharap agar kamu gagal dalam usaha kamu, contohnya kawan rapat atau teknologi. Mereka ini kebiasaannya mempunyai kelebihan tutur kata unik dan lunak di dengari bagi melusuhkan kejayaan kamu. 

Kuasa mulut adalah teknologi kuno yang masih diguna pakai sehingga sekarang. Sosial media adalah salah satu alat pemusnah versi baru yang sangat berkesan. Dengan menggunakan 2 alat ini ,mereka mampu untuk mencuri segalanya dalam sekelip mata dari segi masa,tenaga,wang dan impian.Kamu boleh melihat yang mereka bergelak ketawa tentang impian kita.

Heater pada situasi
Heater sebegini cenderung kepada hipokrit. Mereka menggunakan kamu demi mencari kesenangan mereka sendiri. Mereka ini diibaratkan ikan pirana dalam air, mengunggu masa untuk menumpaskan kamu pada bila-bila masa. 

Jenis makhluk ini adalah musuh yang bijak dan smart, tetapi jalan terbaik untuk menghancurkan mereka adalah dengan menyimpan segala maklumat tentang kamu atau impian kamu dengan lebih private. 

Heater pada diri sendiri
Kebencian pada diri sendiri adalah pemusnah yang paling susah untuk di tumpaskan, kerana ia selalu berada di samping kita dan menghancungkan impian kita dengan pendangan orang lain.

Dengan ini kita perlu mencari kunci utama yang tertanam dalam tubuh kita. Bangun setiap hari di awal pagi dan kukuhkan pendirian kita terhadap talent yang telah di berikan.

Oleh itu, kita boleh sentiasa memandu diri kita dari segala penghancung impian yang tertanam di atas muka bumi ini dengan cara selamat dan melahirkan tenaga positif setiap hari. Kelebihan dan versi kita terletak pada diri kita sendiri.
    



No comments

Powered by Blogger.