Perundingan Yang Hebat Dapat Mencapai Kata Sepakat



Lambat atau cepat, kita akan berhadapan dengan seseorang yang mempunyai pengaruh atau kuasa besar dalam kedudukan. Tidak kiralah anda ini lelaki atau perempuan, tua atau muda, mentah atau matang, masalah kecik atau besar, betul atau salah. Rundingan adalah salah satu perlawanan bagi mendapat kata sepakat dan memerlukan dua hala, ia juga sebagai batu loncatan yang tidak dapat dielak untuk mencapai masa depan yang lebih baik.

Malangnya, kajian menunjukkan ramai dikalangan anak muda dan perkerja tidak menjalani proses penyelesaian yang betul, terutama dari kalangan wanita. Mereka dihukum atas tuduhan meyeleweng atau tidak mencapai topik perbincangan yang sebenar.

Walaubagaimanapun, ia mengambil masa berbulan-bulan untuk membangun dan berubah dalam mencapai suatu gerak kerja. Tiada satu bukti pun yang menunjukkan kesempurnaan dalam perundingan, namun ianya boleh diukur berdasarkan kepuasan dan persetujuaan kedua-dua belah pihak. Jika anda adalah salah seorang dari perunding yang gagal mencapai kata sepakat atau merasakan perundingan sesuatu yang berbeza, tips-tips ini membantu kita untuk mencapai masa hadapan yang lebih cerah.

Mari kita mulakan,


# 1. Perkemaskan diri
Terlalu banyak perkara yang perlu kita sempurnakan sebelum berhadapan dengan seseorang kerana tidak semua orang mempunyai jati diri sebagai seorang perunding. Perkara penting yang perlu diperkemaskan adalah pemakaian, bahan-bahan, percakapan (susunan perkataan, kegagapan, suara), dan yang paling penting adalah gerak badan

Tidak ramai yang mengenali diri kita, sebaiknya perkenalkan diri terlebih dahulu. Kata Brain Tracy "Orang lebih mudah mengigati kita dengan dua perkara, pertama apa yang kita lakukan terhadapnya kedua memperkenalkan diri dengan nama penuh"

Masa dan tempat juga memainkan peranan penting bagi meletakkan kita dan mereka dalam keadaan suber daya yang sepenuhnya untuk menerima apa yang akan kita perkatakan.


# 2. Bahan-bahan
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membentakan matlamat kita, ianya boleh jadi kertas, fail, slideshow. Semuanya membantu kita untuk memberikan penjelasan dengan lebih tersusun. Sekiranya kita mempunyai bahan-bahan yang ingin dibentangkan, pastikan maklumat-maklumat tersebut tersusun dengan baik bertujuan untuk lebih mudah untuk di pahami. (letakkan keypoint yang mudah untuk kita susun ayat-ayat selaras dengan bahan-bahan)

#3. Letakkan matlamat
Setiap kali perundingan matlamat adalah ingin mencapai apa yang kita impikan dengan persetujuan yang berakhir dengan "YA SAYA SETUJU".

Namun hakikatnya, adalah tidak semudah yang kita sangkakan.

Tetapi setiap kesuhan pasti menemui jalan penyelesaian, jadi jalan-jalannya adalah menyusun maklumat terlebih dahulu dan apa yang paling berkesan adalah bayangkan didalam minda kita bagaimana ia akan berlaku dan bagaimana soalan-soalan yang bakal di pertanyakan dengan menyediakan jawapan yang sedap didengar oleh orang tersebut.

Bagaimana jika matlamat persetujuan tidak sampai apa yang kita inginkan. sebagai contoh "SAYA TIDAK bersetuju lansung dengan idea ini". Jadi jalan terbaik adalah kita cuba tarik nafas bertujuan untuk menenangkan diri sepaya tidak emosi, kemudian tarik orang yang kita berlukan tadi dengan cara lain (hobi beliau, gaya beliau, .....) kemudian bagikan sebab kita kenapa beliau bakal rugi jika tidak dapat bersama dalam progam kita atau apakah kelebihan yang beliau dapat dalam bersepakat dengan matlamat kita.

Sekiranya berakhir dengan "TIDAK" juga, maka itu adalah stop terakhir kita dan jangan menekan orang tersebut, kerana mungkin kita ada program yang seterusnya yang beliau minat untuk melabur bersama kita (pastikan hubungan tidak rosak).


#4. Kenal Pasti Siapa
Orang yang kita berunding boleh jadi orang biasa boleh jadi orang yang mempunyai kuasa yang hebat. Jadi sebelum kita pergi bertemu dengannya kenalpasati 'siapa? apa jawatannya? minatnya? kelebiha dan kekurangannya?' semua ini bertujuan untuk memberi benefit kepada kita dalam bermain dengan seseorang.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian untuk hari ini. Kongsikan kepada saya dan pembaca lain pendapat anda sebagai seorang perunding setelah mencuba point-point perundingan yang hebat di ruang comment dibawah.



No comments

Powered by Blogger.