.

.

Cara Menghaliskan 5000 Idea Dan Mesin Penyelesaian Masalah



Setiap individu mempunyai idea, idea yang membawa kepada perubahan atau sebaliknya. Begitu juga dengan penyelesaian masalah. Tetapi sejauh manakah idea itu dijana dan dimanfaatkan. Adakah ianya sekadar sebulan sekali? Kemudian, adakah idea tersebut sekadar berlegar di ruang disimpan otak kita sahaja?

Di dalam buku 'Create your own future' karangan Brian Tracy banyak menceritakan perihal menuju kecemerlangan. Beliau juga mengajar kita hanya sekadar menggunakan mindstorm atau minda yang dimiliki oleh setiap orang mampu menjana idea yang terhebat dan mesin penyelesaian masaalah secara sekerap mungkin.

Terlalu ramai manusia mencapai kejayaan melalui penggunaan teknik ini.

# Teknik ini agak mudah digunakan, tetapi memerlukan sedikit disiplin diri.
1. Ambil sehelai kertas kosong, tuliskan matlamat ataupun masalah dalamm bentuk soalan di bahagian atas kertas tersebut. Jadikan soalan itu jelas dan spesifik bagi membolehkan minda kita fokus bagi mendapatkan penyelesaian atau idea.

Sebagai contoh, sekiranya kita ingin meningkatkan hasil pendapatan kita sebanyak 25 peratus daripada pendapatan sekarang yang sejumlah RM 40,000setahun, dalam tempoh 12 bulan akan datang, soalan yang perlu kita tanyakan adalah seperti, "Bagaimana caranya supaya gaji saya dapat dinaikkan sebanyak 25 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang?"

Cara menulis soalan yang lebih baik adalah, "Apa yang harus saya lakukan supaya mendapat RM
50,000 dalam tempoh 12 bulan akan datang?" Soalan sebegini dapat memperluaskan Skop Jawapan yang mungkin sesuai dengan masalah ataupun matlamat itu. ( Skop itu termasuklah bidang kerja kita sekarang ataupun kemungkinan yang berada di luar bidang kerja kita )

Pilihan soalan kita memberi pengaruh besar terhadap jawapan yang akan dihasilkan. Semakin baik sesebuah soalan itu, maka jawapan yang terhasil juga semakin membantu kita.

2. Selepas menulis soalan, kita perlu mendisplinkan diri supaya dapat menulis sekurang-kurangnya 20 jawapan terhadap soalan itu. Ada kalanya jawapan ke-20 adalah jawapan terbaik antara semua jawapan. Kebiasaannya, jawapan itulah penemuan baru yang kita cari-cari.

3. Selepas kita menulis soalan, tiga hingga lima jawapan pertama agak mudah difikirkan. Lima jawapan berikutnya akan menjadi separa sukar. Sepuluh jawapan terakhir pula adalah paling sukar antara semua jawapan. Namun begitu, kita mesti memaksa diri supaya bertahan sehingga lengkap 20 penyelesaian masalah atau idea baru.

4. Selapas kita dapat menghasilkan 20 jawapan, semak semula setiap jawapan dengan teliti. Pilih sekurang-kurangnya saru idea yang dapat diambil tindakan serta-merta. Peringkat ini adalah proses yang paling kritikal. Semakin pantas bertindak, semakin banyak idea baru dapat di laksana bagi menyelesaikan masaalah atau mencapai matlamat.

Cuba bayangkan
Andaikan kita menggunakan teknik ini lima hari seminggu terhadap matlamat ataupun masalah kita, selepas dikira nilai itu bersamaan dengan 20 idea sehari, ia menghasilkan 100 idea seminggu. selepas tempoh 50 minggu iaitu setahun, idea baru yang terhasil sudah pun mencecah 5000, itu tidak termasuk hari minggu dan percutian

Dengan mengambil kira orang kebanyakan hanya menjana 5 sehingga 8 idea setahun, tambahan pula, idea atau penyelesaian masalah itu tidak berbuat apa-apa. Senario ini memberi kelebihan yang begitu besar kepada diri kita

Untuk Membeli, Klick >>>
Untuk membeli edisi bahasa melayu, Klik >>>

No comments

Powered by Blogger.