Sering Menjadi Hebat Dimata Syarikat atau Dunia

translate to english :

kepada : pelajar universiti , pekerja yang ingin berubah

Bagaimana untuk menjadi hebat sewaktu temuduga kerja? Apa yang sering diperhatikan? Kebiasaan manage/boss suka satu perkerja atau pelajar yang mempunyai ciri-ciri lain dari kebiasaan, sebagai contoh hebat dalam menarik perhatian orang, sering mempunyai idea yang setiap kali perbincangan dan sebagainya

Jadi apakah kunci kepada semua perhatian itu :

Mampu untuk bercakap di depan
Mampu disini bermakna diri anda mampu untuk berkata kata di hadapan VVIP atau pendengar yang datang 2000 sekalipun anda bercakap dengan tenang dan susun perkataan yang menarik (mampu untuk membawa pendengar ke kata kata anda)

Mempunyai soft skill
Soft skill disini dengan erti kata anda mempunyai cara cara  untuk membuat kertas kerja dan kunci kira-kira dari sudut kewangan atau penulisan yang memberi kesan kepada pembaca untuk mengikut anda.

Perhubungan dengan orang sekeliling
Perhubungan dengan orang sekeliling ini bermaksud anda mampu berkata-kata dengan orang sekeliling untuk mengikut, melakukan, menunaikan hajat, kemahuan anda,membenarkan kata-kata anda walaupun anda bukanlah seorang yang hebat ( pandai menghasut untuk mengubah pemikiran pendengar )

Banyak kenalan dengan pembesar
Kenal pembesar disini bermakna orang yang terkenal, duta, dato', boss, orang kenamaan, dan bukan dari segi kenal semata-mata,tetapi anda rapat dengannya seperti sering bermain golf bersama, jika anda minta pertolong apa jua keadaanpasti dapat. Kebiasaannya ia berpunca dari keturunan atau kehebatan anda dalam melayan karenah orang atasan, Namun begitu untuk pelajar uni bukanlah satu halangan  untuknya untuk memperbanyakan kenalan dengan orang atasan, cuma anda perlu masuk kelab atau persatuan yang banyak melibatkan diri dengan orang atasan atau kerja-kerja formal

Boleh gerak kerja dari belakang
Ini degan erti kata lain mampu tulang belakang syarikat. Ramai dikalangan era sekarang manusia yang mampu untuk membuat kerja dari belakang,  cumanya anda perlu tanya diri anda "apa yang membezakan dirinya dengan orang lain?" adakah dari segi gerak kerja, idea, pelaksanaan.  Jawapannya anda perlu menjadi jenis-jenis orang kebiasaan terlepas pandang / anda mempunyai kesemua yang atas secara sedikit dan mempunyai mulut yang sering bercakap manis

selain itu :

Kretiria seperti cantik atau hensem juga dapat memberi perhatian kepada orang atasan namun ia bukanlah suatu benda yang teramat diperlukan,tambahan pula ia akan mendatangkan impak yang sangat kecik dan hanya untuk sementara waktu. Apa yang penting adalah anda sentiasa dalam keadaan kemas dan segak

No comments

Powered by Blogger.