.

.

Bagaimana Seorang Boss Yang Hebat Melakukan Kerjanya



Terdapat dua jenis ketua :

Pertama, ketua yang membina kesemua organisasi secara terus dibawah mereka. Mereka akan menjadi kaptain sepanjang pelayaran. Apabila mereka berada si sekeliling, kesemua ahli pasukan akan berjaya, apabila mereka tiada, berada dalam keadaan terombang-ambing. Mereka sememangnya hebat sebagai ketua, tetapi segala kejayaan yang datang dari pasukan adalah bergantung kepada setiap ketua itu memimpin.

Kedua, adalah ketua yang membina organisasi dikelilingi dengan set kemahiran, tabiat, disiplin dan amalan yang baik. Mereka yang terlibat, dan setiap seorang dari mereka mengetahuinya yang mereka berada dipuncak kepimpinan. Kejayaan sepenuhnya tidak bergantung kepada mereka, kerana mereka telah memmbina sesuatu yang jauh berbeza. Mereka membina budaya dan minda supaya tajam untuki melihat kehadaan.

Ketua atau pemimpin yang terbaik adalah satu budaya yang susah untuk dibina. Mereka sememangnya tidak suka untuk dilihat sebagai yang tertinggi dan sebagai pemimpin yang perkasa, dan lebih fokus kepada mewujudkan persekitaran yang membolehkan orang lain berkembang maju, memikul tanggungjawab, dan akhirnya berkembang secara seimbang.

Jadinya, bagaimana mereka melakukannya :

1. RUTIN HARIAN 
Pejabat yang hebat mempunyai rutin jadual, begitu juga manusia yang hebat mempunyai rutin yang tersendiri. Tidak kira sama ada ini adalah meeting pada hari Isnin. Ini adalah meeting hari Jumaat. Perjumpaan hujung minggu. Apajua rutin kita, setidak-tidaknya ia mempunyai setuhan komuniti dan akauntabiliti (bertanggungjawab) yang berkesan. " apa yang sepatutnya perlu kita lakukan?" jadi setiap ahli akan terus fokus dalam apa yang dierjuangkan.

2. AKAUNTABILITI (TANGGUGNJAWAB)
jika dalam sesebuah syarikat itu mempunyai terlalu banyak penyuruh, tiada seorang pun akan belajar dan berkembang. ia bermula dari atas. Jika ketua tidak mempunyai sifat bertanggungjawab, kemudian manager tidak akan belajar dapat belajar tanggungjawab dan berterusan. Ia seharusnya menjadi sebahagian dari budaya dan ketua yang hebat sangat mengambil caknanya. Ia adalah perkara yang menunjukkan bahawasanya tidak bercakap banyak, dan mengajar yang lain dengan terlebih dahulu dari mengambil akauntabiliti mereka sendiri.

3. MENDENGAR
Terlalu banyak dari kerja pasukan bergantung kepada mendengar. Orang akan lari dari kita sekiranya setiasa mendengar sepanjang hari. Kertua yang hebat tidak hanya memberitahu apa yang sebaiknya dilakukan. Sebaliknya mereka mendengar. Mereka mengambil sedikit masa untuk mengetahui punca sebenar masaalah, kebimbangan, kekecewaan, dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, mereka mengajar yang lain ( untuk bertindak balas atau bangkit semula ) bagi melakukannya. Ini adalah budaya yang mampu memberi kekuatan dan perasaan terselamat dalam apa yang mereka fikirkan dan rasai. 

4. KEPERCAYAAN
Terdapat beberapa perkara yang lebih beracun di dalam sesebuah organisasi iaitu tiadanya kepercayaan. Di mana orang bercapak tentang keburukan satu sama lain secara tertutup atau secara kebetulan. Dalam usaha untuk memajukan sesebuah pasukan, setiap  seorang seharus mempunyai perasaan kepercayaan antara mereka. Seorang pemimpin hebat sewajarnya memainkan peranan ini seawal mungkin. Kerana tiada siapa mampu menghasilkan kerja yang bagus dan hebat jika tiadanya ruang emosi yang selamat.

 5. MAKLUMBALAS YANG POSITIF
Di sini wujudnya perbezaan antara ketua yang mengambil kerja atau kita secara persendirian,dan ketua yang memberi maklum balas yang membina dan membantu. Bos yang hebat sangat mahir dalam menggunakannya. Mereka boleh memberi maklumbalas atau menolak kamu atau marah terhadap kamu, untuk mengetahuinya sejauh mana ujian-ujian ini akan mematahkan semangat kita. Bos yang hebat sama seperti jurulatih yang hebat, terdapat masa untuk kita merasakan kekecewaan yang mendalam, ataupun perasaan yang tidak terkawal dan kita akan merasakan mereka(ketua) bersama kita tanpa ada sebarang sebab. Jika bos kita melakukannya dengan cara yang terbaik dan betol, kamu akan menceritakan segala peristiwa dengannya.

6. KEKELUARGAAN
Kita banyak menghabiskan masa kita dengan orang-orang di tempat kerja berbanding kita menghabiskan masa dengan keluarga. Ketua yang hebat tidak mengeksploitasikan perkara ini - mereka (bos) akan mencari jalan untuk melaburkan masa bersama keluarga. Dan mereka akan melihat kita (ditempat kerja) adalah sebuah keluarga, kebiasaannya akan melayan kita ibarat sebuah keluarga. Mereka akan mencipta budaya untuk semua organisasi sebagai sebuah keluarga untuk lihat antara satu sama lain sehingga di masa hadapan. Ia bukan yang berkenaan sebuah pejabat, ia adalah sebuah tempat kerja yang penuh dengan orang yang penuh dengan perasaan kekeluargaan ( saling bantu membantu). kerana setiap orang mempunyai keluarga.


Jadi, dengan adanya 6 perkara ini, sikit sebanyak mampu untuk kita menjadi ketua atau pemimpin atau bos yang hebat dengan 6 langkah ini. Mungkin juga kita mampu melihat sama ada, kita mempunyai bos yang hebat untuk semua organisasi atau untuk dirinya sahaja.



No comments

Powered by Blogger.