.

.

10 Perkara Selepas Bertemu10,000 Rundingan



Seringkali saya  kehilangan tempat apabila membuat rundingan supaya mereka menyebelahi saya. Tetapi kesemuanya itu adalah guru saya yang hebat. Saya sudah pun bercerita ini pada masa yang lalu, dan sekarang saya ingin menceritakan kembali, kepada semua yang minatkan pembacaan.

 Mari kita mulakan

1. Berkata “tidak”
Rundingan adalah sesuatu perkara yang bukan berkaitan dengan perjanjian, kejayaan atau harta. Ia adalah berkenaan mencari sesuatu di dalam diri kita yang melibatkan penilaian dalaman, membangunkan keyakinan, dan seterusnya menterjemahkannya kepada reaksi atau luaran badan.

Perkataan “TIDAK” membolehkan perjanjian itu mencerminkan nilai diri kita. “TIDAK” adalah seperti jambatan antara keputusan terakhir dengan diri kita. 

 Kehebatan perkataan “tidak” menyelamatkan hidup kita 

2.Senarai Panjang
Ia bukan berkenaan dengan duit semata-mata. Namun, cuba fikirkan aspek yang ada dalam setiap situasi. Segalanya yang kita mungkin suka. Kemudian ianya akan pergi begitu sahaja jika senarainya terlalu sikit. 

Sebagai perangan, ada dua pihak. Satu pihak mungkin hanya akan berunding mengenai gaji. Tetapi satu pihak lain akan berunding mengenai gaji, tajuk, insurans, percutian, promosi, kerja luar, dan lain-lain. Kebiasaannya,senarai panjang yang sering menjadi pemenang.

3. Kesabaran Yang Tinggi Membuahkan Hasil 
Jangan sesekali terus menerus memberi jawapan. Berfikir. Tidur. Tarik nafas yang dalam. Berbincang dengan yang lain. Kemudian barulah membuat keputusan dan menyatakan keputusan.

Rundingan saya yang paling hebat apabila saya terus memberi keputusan dengan berkata "saya akan call kamu semula", "bagi saya masa berbincang dengan business partner saya". Ia adalah jalan supaya membuka ruang kepada kita sewaktu perundingan.

4. Bersiap Sedia. Sasaran. Letupkan
Percayalah apa yang saya katakan ini. Kamu tidak akan mempunyai apa yang kamu tawarkan. Tetapi, sekali sahaja kamu mempunyai perjanjian, perjanjian ini terlalu bernilai dan kamu boleh menggunakannya untuk mendapatkan apayang kamu tawarkan.

Contoh : Saya akan membeli kedai dobi ini dengan RM 600,000. Jika mereka berkata Ya dan saya sign perjanjian untuk membayar RM 600,000. Dalam 90 hari dari hari ini adalah asset yang sebenarnya. Gunakan perjanjian sign ini untuk mendapatkan 1 juta.

5. Bertanyakan tentang nasihat 
Tanyakan : Kamu seorang yang pakar (hebat) dalam bab ini... Apa yang kamu akan tanyakan jika kamu adalah saya?

Buatkan mereka berunding dengan diri mereka sendiri.

Ini bukan hanya sekadar puji tetapi lebih kepada kebenaran. Saya jumpanya di dalam kebanyakan rundingan, kerana dirinya lebih mengetahuinya dari saya yang bertanya.

6. Ingat formula
Sebelum kita nilai sesuatu perkara, jangan meletakkan ia sebagai nombor dan berharap agar mereka bersetuju. Seharusnya, melekatkkan dengan formula iaitu untuk menilai, "apakah yang kita ada?" dan "pastikan kita lebih memahami yang ianya bernilai" lebih dari mereka mengetahuinya

Contoh : Jangan menilai diri kita dengan gaji sebelum ini, atau  apa yang orang lain perkatakan. Nilai diri kita dengan perkara yang menjadikan diri kita bernilai kepada orang lain. Seperti magnet.

Dari situlah kita mampu unutk bermain tarik tali dengannya

7. Semuanya Adalah Rundingan
Dalam kiasnya bermain tarik tali. Contoh. Apabila kamu diberikan kerja atau diupah, kamu akan berunding denngannya tentang harga. Apabila kamu diberhentikankan, kamu seWAJIBnya berunding dengannya.

Berkata "tidak" sewaktu diberhentikan kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibincangkan atau dirunding. Dan mereka lebih bersemangat sewaktu memecat kamu dari membayar kerja kamu.

8. Jangan Berunding Dengan Seseorang Yang Tidak Akan Berkata YE

9. Jangan Perperangai Kanak-Kanak
"Jika saya mengatakan 50, saya tahu yang mereka akan berkata 30, dan berakhir rundingan dengan 40"

Itu adalah masa untuk orang dewasa. Tidak kira sama ada dalam situasi penjualan kereta. Kerana mereka mengetahui yang mereka mempunyai senari panjang.

10. Rangka plan 
Sentiasa mengenali legenda hebat, megah, rahsia yang terdahulu. Sebagai contoh, jika kita menjual buku tentang saham untuk dipasarkan, pastikan kita mengambil nasihat, ideologi, matlamat, kata perangsang, dari legenda penjual saham yang terdahulu. Dan itu adalah rahsia kita.

Jangan patah semangat atau putus harapan tentang impian pencapaian jangka masa panjan, di dalam memperjuangkan pencapaian jangka masa pendek.

karangan dari
james altucher

No comments

Powered by Blogger.