Jadikan Diri Kita Sangat Diperlukan Dan Bukan Menjadi Keperluan Orang

Kepada : Pekerja, peniaga,pelajar

Sebagai seorang manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan kelemahan malah kita seringkali melakukannya, sedar tidak sedar orang sekeliling kita sentiasa memerhatikan kita dikala kita sering melakukan kesilapan dan ia akan meruntuhkan atau mengurangkan rasa kepercayaan dan kelebihan yang ada dalam diri kita. Oleh yang demikian suka untuk saya mengonsikan kepada anda sedikit cara bagaimana saya menghadapi masa ini suatu ketika dahulu.


  1. Perlu rasakan didalam diri kita ini penting dari segi kewangan, idea, pendapat yang orang lain inginkan, walaupon anda tidak mempunyai satu pun   ( pada waktu ini perasaan ini hanya kita sahaja yang perasan/bayangkan )
  2. Mula memerhati dan berfikir apa yang manusia atau syarikat inginkan pada waktu ini dan 6 bulan akan datang ( pada waktu ini kita memerlukan masa yang banyak kadang kala ia datang pada waktu kita tidak sengaja cth berehat, makan, membaca, bercuti ) 
  3. Kemudian, cari apa yang kita perlukan untuk sampai pada 6 bulan yang akan datang dan melihat kembali posisi kita pada waktu ini ( kadang kala keputusannya akan membawa kita kepada keburukan cthnya berhenti kerja, tukar tempat kerja )
  4. Ambik masa yang sekejap (dalam 2 3 4 ) hari untuk berfikir " adakah aku ini betol betol mahu teruskan dan tidak akan menoleh kebelakan atau aku ini sememangnya tidak mampu "   ( nasihat saya buatlah solat istikaroh, bukan menunggu jawapan dari allah sebab kita bukan maksum tetapi sekurang kurangnya dengan keputusan kita ini membuatkan kita tidak menyesal, akan tetapi jika kita dapat petunjuk dari allah itu adalah bones )
  5. Lahirkan kembali rasa didalam diri kita ini sememangnya sangat penting yang orang lain sangat mencari-cari dan letakkan setiap saat bersama diri kita ini mahal dan sesiap ingin bersama kita adalah mahal harganya sememangnya tidak ternilai. ( secara tidak sedar orang akan mencari-cari kita ) 
Tambahan :  sekiranya anda inginkan yang lagi hebat dari ini nasihat saya ajarlah apapun ilmu yang anda sudah miliki / kuasai dan ia akan me
njadikan anda lebih hebat dari sebelum.

والله تعالى أعلم

No comments

Powered by Blogger.